Wednesday, 6 December 2017

Jumpe Doktor

Salam Khamis!
Genap seminggu dari hari pertama aku mempublish blog aku yang sulung.
Hari ni aku ada date dengan oncology ku di NCCS (National Cancer Centre Singapore) pada jam 10.45 pagi. Walaupun hati ni berdebar-debar namun ada baik nya jugak kita jumpa dia. Sekurang-kurangnya aku dapat luahkan segala apa yang aku telah lalui sepanjang treatment aku yang bermula pada 20hb November 2017 yang lalu. Cukup satu cycle yang diakhiri Isnin lalu (4hb Disember 2017) dengan kimoterapi yang ke tujuh.

Hari ini tahulah progress atau perkembangan kimo ku terhadap barah testicular (seminoma) yang aku hadapi sejak Februari 2016 (diagnosed pada 10hb Feb 2017, menjalani pembedahan pada 12hb Feb 2017 pagi). Semoga segala berjalan lancar dan dengan berkat, rahmat dan izin Allah swt, dipermudahkan urusan ku dan dilindungiNya Aamiin YRA.

Okay sampai sini je pagi ni! Aku nak sarapan dan chill sekejap sebelum siap dan keluar ke hospital. Sembang lagi pas ni bebs!

Ok Go!

Friday, 1 December 2017

Day One

Asalamualaikum dunia! Or in other words, peace be upon the world!

Malam ini adalah percubaan ku yang pertama untuk menjadi seorang blogger yang selamba dan kasual. Aku harap korang boleh telan cara aku. Prinsip aku simple: Just be yourself!

Dengan tak banyak membuang masa, aku terus terang cakap aku lelah sikit. Malam ni blood pressure aku low sikit. Tak tahu apasal tapi aku chill. Mungkin penat berjalan selepas hampir sebulan aku terlantar di hospital dan lepak kat rumah menggunakan kerusi roda. Entah...

Dan blog ini dah mula melemahkan keadaanku lagi. Niat nak tulis banyak tapi mata dah ngantuk. So, aku sembang lagi esok hari je aight!

Salam Jumaat dan selamat malam!

Ok Go!

Jumpe Doktor

Salam Khamis! Genap seminggu dari hari pertama aku mem publish blog aku yang sulung. Hari ni aku ada date dengan oncology ku di NCCS ( N...