Salam Khamis!
Genap seminggu dari hari pertama aku mempublish blog aku yang sulung.
Hari ni aku ada date dengan oncology ku di NCCS (National Cancer Centre Singapore) pada jam 10.45 pagi. Walaupun hati ni berdebar-debar namun ada baik nya jugak kita jumpa dia. Sekurang-kurangnya aku dapat luahkan segala apa yang aku telah lalui sepanjang treatment aku yang bermula pada 20hb November 2017 yang lalu. Cukup satu cycle yang diakhiri Isnin lalu (4hb Disember 2017) dengan kimoterapi yang ke tujuh.
Hari ini tahulah progress atau perkembangan kimo ku terhadap barah testicular (seminoma) yang aku hadapi sejak Februari 2016 (diagnosed pada 10hb Feb 2017, menjalani pembedahan pada 12hb Feb 2017 pagi). Semoga segala berjalan lancar dan dengan berkat, rahmat dan izin Allah swt, dipermudahkan urusan ku dan dilindungiNya Aamiin YRA.
Okay sampai sini je pagi ni! Aku nak sarapan dan chill sekejap sebelum siap dan keluar ke hospital. Sembang lagi pas ni bebs!
Ok Go!
No comments:
Post a Comment